Tuesday, February 15, 2011

PRK: HEP Gugur Syarat Kursus

Tg Malim , 15 Febuari 2011 - Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010 yang diketuai oleh Saudara Mohd Razik B. Khalid secara rasminya telah dibubarkan semalam. Dengan pembubaran ini bermakna satu pilihanraya kampus akan diadakan pada pada 21 Febuari ini.

Berikutan dengan itu , borang-borang pencalonan pilihanraya kampus (PRK ) sesi 2011/2012 telah mula di jual semalam di Bilik Mesyuarat Utama , Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA ) UPSI bermula jam 08.30 pagi sehingga 04.30 petang. Penjualan borang - borang ini akan disambung semula pada hari Rabu , 16 Febuari 2011 kerana hari ini adalah Maulidur Rasul.

Dalam pada itu , pemerhati pilihanraya kampus menyifatkan penarikan balik syarat yang memerlukan calon - calon mengikuti kursus kepimpinan sebagai sesuatu yang diluar jangkaan dan tidak konsisten.

Mereka berpendapat keputusan itu adalah sesuatu yang amat mengejutkan kerana dibuat pada saat-saat akhir dan amat tidak adil kepada para calon yang telah bersusah payah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mengikuti kedua-dua siri kursus kepimpinan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JHEPA pada awalnya sebagai pra-syarat untuk menjadi calon PRK.

Dalam notis pengisytiharan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2011 UPSI yang di keluarkan di My UPSI Portal, di bawah Perkara 1.4 Pengesahan Fakulti , Sub Perkara 1.4.3 dengan jelas menyatakan " Calon hendaklah mengikuti kursus-kursus kepimpinan yang telah ditetapkan.

Menurut sumber SuaraUPSI , penarikan balik syarat tersebut di buat oleh Naib Canselor UPSI , Yang Berbahagia Prof Dato' Dr Aminah Bt Ayob.Pihak SuaraUPSI akan cuba mendapatkan penjelasan dari pihak yang berkenaan berkenaan perkara ini.

Teruskan bersama SuaraUPSI untuk perkembangan lanjut.

No comments: