Monday, March 26, 2012

SISWI UPSI MENGHIDAP KANSER PAYUDARA

Berita sedih ini SuaraUPSI terbaca daripada laman Facebook salah seorang MPPUPSI iaitu Cahaya Hidayah (http://www.facebook.com/cahayashidayah). Beliau yang menyatakan seorang siswi semester 4 disahkan menghidap Kanser payudara dan siswi tersebut tidak dapat melakukan pembedahan akibat kekurangan dana. 

"Seorang pelajar semester 4 disahkan menghidap Kanser Payudara. Malangnya, pembedahan gagal dilakukan kerana kedudukan ekonomi keluarga pelajar tersebut tidak mengizinkan. Sehubungan itu, pihak MPP UPSI bercadang menganjurkan derma dgn tema '1 Ringgit, 1 Nyawa'. InsyaAllah kami memerlukan semua pelajar untuk menderma RM1 sahaja untuk menyelamatkan seorang sahabat kita " ujarnya dalam laman Facebook.

Sehubungan itu, SuaraUPSI mengambil inisiatif ini untuk memberitahu kepada semua siswa/i UPSI bahawa pihak MPPUPSI akan menganjurkan kutipan derma dengan tema "1 Ringgit 1 Nyawa " bagi menyelamatkan siswi tersebut, sama-samalah kita menderma untuk menyelamatkan nyawa sahabat kita.

Pihak SuaraUPSI sempat menghubungi wakil HEP bagi mendapatkan maklumat bantuan daripada pihak UPSI sendiri kepada siswi yang mengalami kes begini. Untuk makluman semua siswa/i pihak UPSI biasanya akan membantu dalam membiayai kos rawatan, ubat-ubatan kenderaan serta lawatan susulan tetapi sekiranya pemohonan dilakukan lewat masalah pembiayaan akan timbul. 

Oleh itu untuk mengelakkan daripada berlakunya kelewatan pembiayaan siswa/i tidak boleh malu dalam memberikan maklumat-maklumat penyakit yang dialami supaya pihak HEP UPSI dapat melakukan tindakan susulan dengan cepat.

p/s : bantulah sahabat kita jangan ambil kira apa ideologinya...


No comments: