Thursday, January 14, 2010

"SPEAKER CORNER" DI FAKULTI BAHASA

Tanjong Malim, 14 Januari 2009 - Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mempelopori usaha mewujudkan Speaker Corner di UPSI semalam. permulaan yang baik telah ditunjukkan oleh fakulti bahawa apabila dapat menarik ramai mahasiswa datang ke speaker corner tersebut yang bertempat di ruang legar bangunan Fakulti Bahasa.

Seramai 2 orang peserta telah dipilih oleh para pensyarah untuk mewakili setiap program dalam Fakulti Bahasa dan menjadikan jumlah peserta 10 orang semuanya. Diantara peserta yang terlibat memberikan ucaptama ialah saudara Sanjiya Narayanan A/L Pamusamy programTESL, saudari Josepine Mary Velaganani, Saudara Fazil bin Ajak program Bahasa Melayu, saudara Faris bin Yusof program Bahasa Melayu, saudara Fazril b. Jumi program Sastera, saudara Mohd Azre bin Abbas program Sastera, saudari Masyitah Bt Hamzan program Bahasa Arab, saudari Khairul Hanis program Bahasa Arab dan saudara Samuel Chong Song Ang program Bahasa Cina.

Pengucapan awam yang telah disampaikan oleh kesemua peserta ialah mengenai kemahiran insaniah mahasiswa, kelebihan mempelajari bahasa Arab, kualiti guru yang dilahirkan UPSI, kes jenayah di sekitar kampus UPSI dan juga berkaitan pencemaran alam sekitar. Keunikan yang ditonjolkan oleh Fakulti Bahasa ialah mempelbagaikan penggunaan bahasa dalam pengucapan peserta diantara bahasa yang digunakan semasa pengucapan awam tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dab Bahasa Arab.

Pengucapan awam ini akan dilksanakan mengikut giliran Fakulti dan pihak warga kerja SuaraUPSI menyokong usaha ini. Kepada semua mahasiswa/i UPSI sokonglah pengucapan awam yang akan dianjurkan oleh pihak Fakulti serta nantikan kemunculannya di fakulti anda.


No comments: