Tanjong Malim, 21 Januari 2009 -“Speaker Corner” yang dahulunya telah disekat oleh kerajaan di bawah akta AUKU pada tahun 70an telah dihidupkan semula. Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjadi universiti pertama yang membarakan pentas “Speaker Corner” pada kali ini. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga tidak mahu ketinggalan untuk mengadakan “Speaker Corner” yang kedua diadakan di universiti ini. Ia ternyata memberi ruang kepada mahasiswa untuk berpidato. “Speaker Corner” yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan bertempat di ruang legar Fakulti Bahasa, kehangatan “Speaker Corner” ini telah bermula pada jam 12.30 tengah hari. Seramai 13 orang pemidato @ speaker yang majoritinya daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah melontarkan suara mereka di hadapan penonton yang hampir mencecah 150 orang. Pemidato hanya diberikan peruntukan masa selama 4 hingga 6 minit untuk menggunakan pentas ini. Encik Nizamuddin bin Alias yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Malaysia telah menjadi pengacara majlis. Jam 12.30 tengah hari, majlis telah dirasmikan oleh Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang merupakan Ketua Jabatan Pengajian Malaysia.
Bagi pemidato ketiga iaitu Saudara Mohd Faizal bin Amir dari Jabatan Pengajian Malaysia pula telah memberikan pandangan beliau mengenai Pilihanraya Kampus. Tarikh-tarikh penting bagi pilihanraya kampus kali ini yang tidak dikeluarkan lebih awal telah membuatkan mahasiswa tertanya-tanya mengenainya. Beliau juga berharap agar semua mahasiswa dapat mengeratkan ukhwah kerana kita belajar di satu bumbung yang sama. Pemidato yang lantang mengeluarkan hujahnya iaitu Saudara Mohd Rizal Mohd Dohari dari Fakulti Muzik. Beliau menyatakan tentang arah suara mahasiswa yang memberikan pandangan mereka di pentas yang julung kali diadakan di UPSI ini. Selain itu, persoalan sama ada pihak Hal Ehwal Pelajar hadir bagi mendengar sendiri rintihan hati mahasiswa UPSI. Beliau juga menyatakan perasaan terkilan kerana terdapat mahasiswa UPSI sendiri yang ingin menjatuhkan UPSI kerana masalah PTPTN yang lambat dikreditkan ke dalam akaun pelajar.
Walaupun hujan turun ketika penonton sedang asyik melihat dan mendengar isu-isu yang dibangkitkan oleh pemidato, ia tidak menghalang “Speaker Corner” ini dari terus berlangsung. Acara yang seharusnya tamat pada jam 1.30 petang terpaksa dilanjutkan sehingga jam 2.30 petang kerana masih lagi terdapat pelajar yang ingin menggunakan pentas “Speaker Corner” sebagai medan untuk berkongsi pendapat, meluahkan rasa atau masalah serta ilmu dari serata negara.
No comments:
Post a Comment