Baru baru ini SuaraUPSI terbaca sesuatu isu tentang kredibiliti Timbalan Naib Canselor UPSI yang baru dilantik pada pertengahan tahun lepas. SuaraUPSI tertanya-tanya mengapakanh blogger tersebut begitu asyik sekali mengutuk dan mempersoalkan kredibiliti beliau.
Oleh itu untuk mendapatkan maklumat sebenar wartawan SuaraUPSI telah menemubual sesorang yang tidak mahu disiarkan namanya dan hanya mahu dikenali sebagai Pemikir. Mari kita ikuti perbualan wartawan SuaraUPSI(WSU) bersama beliau.
WSU : Assalamualaikum tuan, apa khabar?
Pemikir : Waalaikumussalam, Alhamdulillah baik, tetapi kurang sihat sedikit, rasa macam nak demam.
WSU : owh ya, maaf la mengganggu tuan dalam keadaan yang tak sihat ni.
Pemikir : Tak mengapa. saya sedia bekerjasama untuk menangkis fitnah yang berleluasa.
WSU : Alhamdulillah.. baiklah tuan, kita terus fokus kepada apa yang telah saya beritahu semalam dalam telefon iaitu tentang sebuah blog yang memburuk-burukkan dan mempersoalkan TNC HEP UPSI Datuk Paduka Junaidi. Boleh tuan jelaskan sedikit apa yang cuba dilakukan oleh Blogger tersebut.
Pemikir : Saya juga terperanjat dengan keluarnya berita berita seperti ini di blog tersebut. Apa yang cuba dilakukan oleh blog tersebut adalah kononnya nak menyedarkan warga UPSI yang TNC HEP ni seorang yang tidak layak untuk menjadi TNC HEP. Lantikan TNC HEP ni adalah daripada Menteri KPT, takkan lah Menteri KPT melantik sebarangan orang untuk jadi TNC HEP kerana setiap lantikan itu meti dilalui dengan proses permohonan, kemudian proses temuduga yang agak ketat sebanyak 3 orang panel menemuduga bakal-bakal TNC. Setelah itu barulah laporan dihantar ke pihak Menteri untuk Menteri melantik TNC, bukan mudah prosesnya.
WSU : owh begitu..Tapi mengapa mereka beriya-iya hendak menjatuhkan nama TNC HEP UPSI sekarang?
Pemikir : biasalah..bukan semua orang boleh senang melihat TNC begitu rapat dengan siswa/i sedangkan itulah tugas TNC. Saya mengikuti perkembangan beliau sejak beliau masuk ke HEP. Banyak perubahan yang telah beliau laksanakan dari hal-hal pentadbiran hinggalah hal-hal bersama dengan mahasiswa/i. Kalau kita lihat antara 3 orang TNC yang ada di UPSI sekarang TNC HEP adalah TNC yang paling disayangi oleh semua siswa/i. Sebab apa, beliau banyak menganjurkan program bersama mahasiswa dan tidak kisah untuk turun padang bergaul sesama mereka. Beliau boleh dianggap sporting la, saya rasa ramai yang setuju dengan kenyataan saya ni.
WSU : Jadi kenapa nak burukkan TNC kalau dia baik dengan semua siswa/i?
Blog tersebut mengeluarkan kenyataan memburuk-burukan TNC sebab mereka berasa terancam, mereka PEMBANGKANG DI UNIVERSITI, jika semua siswa/i suka dengan TNC dan segala isu kebajikan selesai apa lagi senjata mereka untuk menang PRK akan datang? sebab itu usaha memburukkan TNC HEP giat dilakukan oleh mereka.
WSU : Jadi jika ada pembangkang maka benarlah ada PENYOKONG UNIVERSITI?
Pemikir : Ya memang benar, buat apa selindung sebab ini realiti. Tetapi yang jadi fitnah adalah Calon Tajaan TNC, walaupun ada Penyokong Universiti mereka bertanding atas kelebihan mereka sendiri dan TNC tiada hak untuk menaja mana-mana calon yang hendak bertanding dalam PRK. Semua itu fitnah.
WSU : Tentang TNC HEP kaki dangdut pula bagaimana?
Pemikir : Kalau sudah tiada isu dalam hal pentadbiran semestinya orang akan mula mengeluarkan isu peribadi. Soal kaki dangdut itu adalah soal peribadi. Jadi saya tidak ingin masuk campur, selagi TNC melaksanakan tugasnya dengan baik selagi itu kita perlu sokong beliau.
WSU : Baiklah tuan, itu sajalah yang saya hendak bertanya terima kasih tuan kerana sudi memberikan sedikit perkongsian. ada apa-apa lagi yang tuan nak pesan kepada semua?
Pemikir : terima kasih. buat mahasiswa/i diluar sana jangan terpengaruh dengan berita-berita buruk selidik dahulu dan lihat dengan mata anda sendiri baru lah tafsir tentang TNC kita.
Perbualan Tamat...
SuaraUPSI telah membuat satu sudut undian untuk melihat sokongan terhadap TNC HEP UPSI Y. Bhg. Datuk Paduka Junaidi dan undian ini dibuka pada hari ini 25 Mac 2012 hingga 31 Mac 2012. Sila ke ruang sebelah kanan blog ini untuk undian.