Wednesday, January 26, 2011

Surat KPT : Mahasiswa Pendidik Putar Belit Isu

Tg Malim – 26 Januari - Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP ) UPSI ,Saudara Mohd Razik bin Khalid hari ini menempelak pihak-pihak yang mendakwa dirinya mengubahsuai surat yang dihantar oleh beliau kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut penjelasan yang diperolehi dari beliau , surat asal dihantar kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) , En Wan Ahmad bin Wan Yusof melalui Timbalan Pendaftar Kanan , Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPSI , En Mohd Faizi bin Othman.

Surat tersebut difakskan kepada En Mohd Arif bin Adenan , Pegawai Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang kemudiannya menyerahkannya kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif bagi pihak YDP MPP UPSI.

Apabila ditanya apakah rasional tindakan beliau menyerahkan surat tersebut kepada Pegawai Khas Menteri Pengajian Tinggi Malaysia , beliau menyatakan hubungan baik yang terjalin di antara MPP Pimpinan Bitara dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membolehkan campur tangan pihak KPT untuk menangani masalah kelewatan penerimaan wang PTPTN dilakukan dengan pantas dan segera.

Menurut beliau lagi , selaku Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI , beliau tidak akan sesekali cuba mengubahsuai sebarang kandungan surat ataupun melakukan sebarang tindakan bersifat populis seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak di UPSI.

Beliau memberikan beberapa bukti yang bagi membolehkan mahasiswa dan mahasiswa UPSI menilai sendiri perkara yang sebenarnya. Bukti yang pertama adalah surat tersebut adalah di alamatkan kepada beliau sendiri dan salinan kepada (S.K) pula di hantar kepada Dato' Naib Canselor di atas kapasiti beliau selaku penghantar surat dan YDP MPP UPSI.(Rujuk gambar di bawah ).

Merujuk kepada tarikh dan ayat- ayat yang dikatakan di 'edit' menggunakan 'paint' atau 'photoshop' dengan tulisan berubah kepada kuning , beliau berkata , kesan sedemikian terhasil setelah surat tersebut di ' highligtkan' dengan 'highligter' berwarna oren dan bagi menunjukkan beberapa perkara penting pada surat tersebut dan setelah di 'scan' , maka timbullah kesan-kesan yang dikatakan 'paint' atau 'photoshop' tersebut.

Beliau menambah , surat tersebut telah disiapkan lebih awal dan dihantar pada 19 Januari 2011 , iaitu pada Rabu dimana sekumpulan mahasiswa yang menolak aspirasi universiti cuba menghasut mahasiswa-mahasiswa lain untuk menimbulkan kebencian kepada pihak universiti dan kerajaan. Beliau berkata bukti ini boleh dirujuk pada surat yang di hantar oleh beliau.


Beliau berkata lagi bahawa surat balasan dari pihak KPT di terima pada petang 24 Januari 2011 dimana pada tarikh yang sama Dato' Naib Canselor menolak untuk mengadakan perjumpaan dengan sekumpulan mahasiswa yang mengadakan pungutan suara berkenaan isu kelewatan PTPTN dan mereka hanya dapat menemui Dato' Naib Canselor pada petang semalam.

Apabila ditanya kepada beliau mengapa isu seperti ini timbul , beliau berkata ia adalah satu percubaan sekumpulan mahasiswa yang cuba menjuarai sesuatu isu untuk kepentingan diri mereka sendiri. Beliau menyerahkan kepada mahasiswa untuk menilai siapa yang berada di pihak yang benar berdasarkan bukti-bukti yang disertakan.
 Beliau bersedia mengadakan pertemuan untuk menunjukkan salinan asal kedua-dua surat berkenaan jika ada pihak yang masih lagi tidak percaya dengan penjelasan yang diberikan oleh beliau.

Ditanya adakah beliau bersedia membuat laporan polis berhubung perkara ini , beliau tidak menolak kemungkinan itu jika ada pihak yang terus mencabar beliau dan melakukan hasutan berhubung perkara ini .

“Saya bersedia untuk disiasat oleh pihak polis dan universiti”. “Tidak ada apa-apa yang saya cuba sembunyikan dari pengetahuan umum dan saya berserah kepada Allah S.W.T diatas amanah yang telah diberikan oleh pelajar dan universiti ” , ujarnya sebelum mengakhiri penjelasan beliau .















15 comments:

Anonymous said...

Zahar kantoi ..sila bagi facts and figures anda sebagaimana diorang lakukan !

Anonymous said...

terima kasih kepada yang memperjuangkan kebajikan mahasiswa yang tersepit kewangan....dapat juga kami gunakan duit ini untuk tujuan yang berfaedah.....sy doakan kepimpinan yang benar sentiasa mendapat perlindungan daripada ALLAH dunia dan akhirat.amin.....

Anonymous said...

razik..razik...macam budak2.jgn la duk berkelahi dgn diorang 2..ko 2 dah tua.biarla budak2 dengan budak budak

Anonymous said...

Kadang2 budak2 pun kena ajar sikit hormat orang kalo dah x reti bahasa sangat..menipu , sembang , keje x buat, rampas keje orang lain..layak kena pelempang tuh !!

Anonymous said...

tahniah razik..kagum dengan tindakan bijak dan sistematik awak...

untuk zahar...padan muka.nak prk baru nak tunjuk muka..apa daaa...mcm india sungguh..

Cik Nani Noraini said...

terima kasih abg razik! kami sentiasa menyokong anda.

Anonymous said...

AS SALAM...TERIMA KASIH KPD PIMPINAN BITARA SBB DH BUAT YG TERBAIK UNTUK MAHASISWA/I UPSI...APE2 PUN TAHNIAH...

Anonymous said...

inilah dia pemimpin yang kita angkat..bukan saha mnjaga kbajikan mahasiswa, melaksanakan tanggujawab tanpa memikirkan soal populariti malah sekaligus mnjulang universiti...
tahniah MPP Pimpinan Bitara..

Anonymous said...

mana benar mana salah bukan kerja kita untuk mentafsirkannya . Kadangkala, penilaian mata tidak sama dengan apa yang berlaku . Sebagai mahasiswa/i adab berkata-kata itu penting. Kita ini kan bakal guru . komen lah secara berhemah dan tidak perlu mengutuk sesiapa . Moga sesiapapun yang berusaha ke arah itu sentiasa diberkati Allah .

Wallahualam =)

Bersatu dan membangun demi UPSI

Anonymous said...

baguskan..hantar surat minta penjelasan je terus dapat feedback ptptn dipercepatkan..hebat sungguh Pimpinan Bitara..

Anonymous said...

Allah Maha Mengetahui

Anonymous said...

byk isu yang dipaparkan dengan fact takkan diorg ambik punya.. bukan apa.. diorg dah jadi level sicerdik jual di bodoh.. dan si bodoh pulak seronok kena jual.. hahahaha

Anonymous said...

(baguskan..hantar surat minta penjelasan je terus dapat feedback ptptn dipercepatkan..hebat sungguh Pimpinan Bitara.)
sindiran yg bermakna..:)
mengikuti perkembangan politik kampus.semakin hangat menjelang pilihanraya. komen saya kepada sesiapa jua, peganglah amanah yg diberi kerana amanah itulah yg akan menentukan sama ada kita ke syurga @ neraka. kepada bakal2 calon MPP, ingatlah bahawa jawatan itu bukan untuk populariti sebaliknya memperjuangkan hak mahasiswa. Janganlah hanya nampak mukanya bila kempen pilihanraya. sekadar meraih undi. Malu rasanya berada dlm UPSI, tetapi wajah3 MPP malah YDP sendiri masih terdapat mahaiswa yg tidak kenal. hanya segelintir yg dilihat sering turun padang.
p/s: pernah menuntut di ipta lain sblm ini, barisan MPP berkaliber membela nasib mahasiswa. Bukan melawan pihak pentadbiran tetapi menuntut hak mahasiswa.berbeza di Upsi. satu pihak dilihat terlalu mengikut telunjuk pentadbir...
wallahualam.

Anonymous said...

iya ka mpp sekarang mengikut telunjuk universiti...
tang mana 2..nak tau gak la..yala..sya bdak baru d cni..br jew sem 2..ish2...klu betulla...

tp betul ka perkara ni...

pada sy la kan....bukankh itu bagus bila mpp ikut pentadbiran universiti selagi perkara itu betul...

kalu pemimpin y nak mnjatuhkan universiti pla mcmna??rasanya tdk patut mereka diangkat sebagai pemimpin kan..kira mcm pengkhianat la kan...

Anonymous said...

duit hanya masuk RM3193.84???MENGAPA??