Friday, January 1, 2010

Ambilan UPSI Ikut Unjuran KPM

Tanjong Malim, 1 Januari 2010 - Akhbar semalam yang telah menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Y. Bhg. Dr. Puad Zakashi telah mengundang banyak persoalan kepada semua mahasiswa yang mengambil bidang Ijazah Pendidikan terutamanya mahasiswa/i UPSI. Semalam wartawan suaraUPSI telah menghubungi saudara Mohd Hairie Abdullah yang merupakan YDP MPP Pimpinan Bitara UPSI untuk mendapatkan ulasan berkaitan isu ini.

Hairie menyatakan bahawa "pihak KPM sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana pengambilan mahasiswa dalam bidang pendidikan disetiap IPTA seluruh Malaysia adalah mengikut unjuran yang dikeluarkan oleh pihak KPM sendiri" ujar beliau.

Beliau juga berkata "Ambilan mahasiswa UPSI dalam bidang pendidikan yang bermula daripada tahun 2005 hingga Julai 2009 adalah mengikut unjuran yang dikeluarkan oleh pihak KPM dan perkara ini diperakui sendiri oleh Naib Canselor UPSI iaitu Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Aminah Binti Ayob".

Terbaru wartawan suaraUPSI difahamkan oleh Hairie bahawa pada hari ini Y. Bhg. Dato' Naib Canselor UPSI akan bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu ini dan beberapa isu pendidikan.

Selain itu Hairie dan beberapa MPP Pimpinan Bitara akan membuat pertemuan dengan pihak KPM pada minggu hadapan bagi menyelesaikan isu ini. Warga kerja suaraUPSI menyokong penuh usaha MPP Pimpinan Bitara UPSI untuk menyelesaikan isu ini dan kami menyeru kepada semua mahasiswa/i agar mendoakan perjuangan mereka. Pihak suaraUPSI akan sentiasa mendapatkan berita berkaitan isu ini dari masa ke semasa.