Sunday, November 1, 2009

Makluman : Tayangan dan ceramah agama

Pusat Islam , Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan tayangan dan ceramah agama yang bertajuk “ Gempa Bumi Menurut Perspektif Al-Quran , Al- Sunnah dan Ulama Falaq Zaman Silam “.

Berikut adalah butiran lanjut program tersebut :

Tarikh : 02 November 2009 ( Isnin)
Masa : 07.30 malam
Tempat : Surau Al-Falah , Proton City
Penceramah : Yang Berbahagia Ustaz Hanafiah B. Abdul Razak,
Jabatan Mufti Negeri Johor

Tentatif Program :
06.45 petang : Ketibaan para jemputan
07.00 petang : Solat fardhu Maghrib
07.30 petang : Tayangan dan Ceramah Agama
08.30 malam: Sesi soal jawab
08.45 malam: Solat Isyak berjemaah dan bersurai

Pihak penganjur menjemput semua mahasiswa untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu ini.

11,OOO kekosongan jawatan pada 2009

Tg Malim , 30 Oktober - Terdapat 11,000 kekosongan jawatan guru-guru di seluruh Malaysia menjelang tahun 2011. Itulah yang diberitahu oleh Puan Faridatul Akma Bt Mat Taib , Timbalan Setiausaha Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia pada Kolokium "Masa depan dan hala tuju graduan UPSI.Siapakah aku?" yang diadakan di Bilik Seminar Bitarasiswa.

Angka yang dikeluarkan adalah berdasarkan daripada unjuran yang disediakan oleh Bahagian Sumber Manusia KPM mengikut bilangan guru-guru yang bersara,meninggal dunia atapun meletakkan jawatan.

Puan Faridatul Akma menyatakan jika dikira dari bilangan graduan Diploma Pendidikan Lanjutab Ijazah (DPLI) sebanyak 2700 yang akan bergraduat pada tahun 2011 nanti dan dicampur dengan bilangan mahasiswa dari UPSI dan Fakulti Pendidikan universiti-universiti lain , jumlah permintaan terhadap guru-guru ini masih adalah jauh lebih tinggi dari apa yang mampu dihasilkan oleh UPSI dan universiti lain sekaligus membolehkan semua graduan mendapat penempatan jika mereka lulus dalam ujian INSAK dan temuduga KPM.

Peserta kolokium juga di beritahu bahawa sebanyak 299 graduan UPSI gagal dalam temuduga sekaligus menjadikannya sebagai jumlah terbesar iaitu 67 peratus daripada keseluruhan calon yang gagal.

Para peserta berpeluang bertanyakan soalan tentang masa hadapan mereka dan Puan Faridatul Akma serta peserta memuji tindakan MPP UPSI yang menggunakan saluran sewajarnya seperti KPM untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak merujuk kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya.

Untuk rekod, beberapa pihak yang mendakwa sebagai pejuang kebajikan mahasiswa masih lagi berdiam diri tentang isu ini selepas merujuk kepada NUTP dan tidak mengambil sebarang tindakan susulan untuk menjelaskan keadaan yang sebenar kepada mahasiswa UPSI.